Government praised over move to decriminalise drug addicts

KUALA LUMPUR, June 24 (Bernama) — The Federation of Private Medical Associations Malaysia (FPMPAM) and the Addiction Medicine Associations of Malaysia (AMAM) have applauded the government for its decision over the decriminalisation of drug addicts.

Dr Steven KW Chow, the president of both associations, noted that the medical fraternity had long appealed for a compassionate approach to the management of those afflicted by drug addiction and advocated for the important role of medication assisted theraphy (MAT) together with psychosocial intervention at all levels of the community.

“We fully support this policy decision and will offer our services and resources to the government to help curb the ever rising danger of addiction,” he said in a statement.

Dr Chow said the scientific evidence of addiction as a chronic brain disorder was irrefutable.

He further said that amendments to relevant provisions in the Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 would enable those in addiction to legally and confidently seek medical treatment.

Earlier today, Bernama reported that drug addicts in this country were no longer seen as criminals who must be punished but were patients in need of treatment and rehabilitation.

This follows a discussion between the Home Ministry and the Health Ministry in Putrajaya which concurred on the need to decriminalise drug addicts.

— BERNAMA

Original article:
http://health.bernama.com/news.php?id=1738746

Penagih dadah kini dilihat sebagai pesakit yang perlu dirawat bukan dihukum

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad semasa sidang media selepas mengetuai delegasi kedua-dua kementerian semasa mesyuarat berkenaan isu-isu kesihatan membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di KDN hari ini.

 

PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) — Penagih dadah di negara kini tidak lagi dilihat sebagai pesalah jenayah yang perlu dihukum sebaliknya pesakit yang memerlukan rawatan dan pemulihan.

Takrifan itu dicapai susulan perbincangan antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan di KDN di sini hari ini yang bersetuju untuk melaksanakan ‘decriminalization’ ke atas penagih dadah.

Bercakap kepada pemberita selepas perbincangan itu, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelaksanaan ‘decriminalization’ itu akan melibatkan program rawatan dalam komuniti dengan memperkasakan peranan ahli keluarga dan masyarakat.

“KDN akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam program harm reduction melalui terapi dadah gantian methadone dan joint management kes-kes dual diagnosis yang dijalankan oleh Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Tampoi dan Hospital Permai di Johor,” katanya.

Menurut Muhyiddin, terdapat 70,000 tahanan penjara di Malaysia pada masa ini dengan sebahagian besar daripadanya adalah penagih dadah.

“Dengan proses decriminalization, tahanan penjara yang dikategorikan sebagai penagih dadah akan diberi rawatan dan pemulihan,” katanya.

KDN juga sedang mengkaji untuk mengeluarkan Seksyen 6, 8 dan 9 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (APD) daripada didaftarkan di bawah Akta 7 (Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Tidak Diingini 1969) bagi memberi peluang kedua kepada penagih yang telah pulih dan dibebaskan daripada pusat pemulihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), katanya.

Muhyiddin berkata, turut dibincangkan KDN dan Kementerian Kesihatan hari ini ialah isu penyakit berjangkit di penjara, lokap, pusat tahanan dan depoh tahanan KDN.

Maklumat terkini Jabatan Penjara mendapati 16,955 banduan dikesan mempunyai penyakit berjangkit.

“KDN dan Kementerian Kesihatan akan bekerjasama dalam menguruskan masalah penyakit berjangkit di tempat tahanan KDN,” katanya.

— BERNAMA

Original article:
http://health.bernama.com/newsbm.php?id=1738459